Sunday, July 14, 2013
Kewujudan bumi dari huraian sains kesufian
KEWUJUDAN BUMI DALAM HURAIAN SAINS KESUFIAN:-Proses kewujudan bumi adalah kesinambungan dari langit.
Proses perkembangan dan ikatan unsur langit yang menyebabkan terjadinya bumi. Unsur langit yang dimaksudkan ini adalah unsur api (magnetik atau bahagian atom) di lapisan pertama. Unsur api (magnetik atau bahagian atom) ini diberatkan ketumpatan dan bergabung dengan unsur-unsur lain lalu bertukar kepada unsur angin (gas-gas). Kewujudan angin (gas-gas) yang menjadikan bumi lengkap di langit pertama. Walaupun begitu, unsur magnetik yang bertukar kepada atom dan gas-gas ini telah berlaku di langit keempat kemudian menjadi lengkap apabila turun ke langit ketiga, kedua dan pertama. Proses perkembangan atau evolusi unsur-unsur ini ada dinyatakan di dalam firman Allah SWT di dalam surah al- Anbiya ayat 30. Dalam ayat ini, Allah SWT mengatakan bahawa langit dan bumi pada awalnya bercantum atau berasal dari ‘satu’. Kemudian Allah SWT pisahkan yang satu ini menjadi dua. Saya mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa bumi berasal dari langit atau pun dari unsur langit menjadi unsur bumi. Kewujudan bumi ini melalui beberapa peringkat evolusi dan ikatan unsur-unsur (lihat rajah b). Evolusi dan ikatan unsur-unsur ini membentuk lapisan bumi satu persatu sehingga lengkap menjadi tujuh lapisan . Tujuh lapisan bumi ini terdiri daripada satu lapisan unsur magnetik, satu unsur angin, dua lapisan unsur air dan tiga lapisan unsur tanah (Petikan dari buku sistem kerohanian manusia bab 2 tajuk kewujudan bumi)
Subscribe to:
Posts (Atom)