Monday, February 11, 2013

Kewujudan Jasad dan keturunan Manusia

Wujud jasad adalah juga wujud mumkinat iaitu wujud yang diciptakan. Proses kewujudan jasad berlainan daripada proses kewujudan roh. Jasad adalah kesinambungan zuriat atau baka daripada Adam a.s. dan proses ini ada dicatat dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Araf ayat 172. Bentuk dan sifat jasad kita diwarisi daripada Adam dan Hawa. Data keturunan atau gen ini ada tersimpan di belakang tubuh manusia iaitu di antara rusuk dan sulbi dalam bentuk sifat unsur tanah (tulang). Kemudian gen dan data keturunan ini bertukar kepada sifat unsur air dan tersimpan di testis bagi lelaki dan ovari bagi wanita. Proses ini ada tercatat di dalam surah Furqan ayat 54 . Satu lagi gen atau baka yang tidak pernah diperkatakan tetapi ada tercatat dalam al-Quran adalah ‘gen kehendak’ iaitu berasal dari sifat unsur angin yang mana gen ini tersimpan dalam qolbi ibu bapa dan keturunannya.