Menurut Ibnu Arabi maksud roh merujuk kepada Nafs Barzakh. Nafs adalah perkataan bahasa Arab, terjemahan Nafs dalam bahasa Malaysia adalah jiwa. Barzakh pula apabila diterjemahkan dalam bahasa adalah alam roh atau alam awal. Ibnu Arabi mengatakan terdapat hubungan di antara Nafs dan Barzakh ini dengan nafas Illahi . Ibnu Arabi menegaskan apa jua perbahasan pada keduanya mesti akan berkait dengan soal nafas Illahi. Menurut Ibnu Arabi, Barzakh mempunyai dua huraian yang berkaitan roh iaitu pertama kewujudan roh dari ilmu Illahi. Selepas memahami kewujudan roh dari ilmu Illahi, perlu pula dihuraikan hal keduanya iaitu roh adalah sebuah kerajaan yang memerintah tubuh.Beliau merujuk hal ini daripada surah as-Sajadah ayat 9. Roh yang telah diwujudkan ini kemudiannya ditiupkan ke dalam jasad. Hadirnya roh dalam jasad itu menjadikan manusia itu mula hidup atau bernafas. Tanpa roh, jasad tadi seperti daging mati atau tiada sel yang hidup. Roh yang hadir dalam tubuh selepas proses ‘tiupan’ akan mula memerintah dan menguruskan tubuh sehingga tempoh hayat yang telah ditetapkan.
Tuesday, January 22, 2013
Definisi Roh
Pengenalan
Dalam surah al-Isra` ayat 85, Allah SWT telah berfirman tentang urusan dan pengetahuan roh. Segala urusan pentadbiran langit, bumi dan di antaranya adalah urusan Allah SWT. Begitu juga tentang urusan yang berkenaan dengan soal roh. Roh adalah rahsia-Nya 1 . Pengetahuan tentang kejadian, pengurusan dan arah tuju roh adalah terbatas dalam pengetahuan manusia. Walaupun roh itu terkandung dalam tubuh tetapi ilmu tentang roh masih terbatas. Walaupun begitu, Allah SWT masih memberi sedikit pengetahuan kepada makhluk-Nya khususnya kepada khalifah yang memerintah bumi ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)