Tuesday, January 29, 2013

Bahan Jasad Adam a.s

Bahan jasad Adam a.s. adalah daripada tanah liat yang kering.Kenapa Allah SWT memilih tanah liat sebagai bahan utama untuk membentuk jasad Adam a.s? Satu kajian yang telah dijalankan oleh John W. Conrad (1980) mengatakan bahawa tanah liat adalah tanah yang tahan suhu yang sangat panas, mempunyai banyak mineral yang berguna dan lengkap, terdiri daripada zat partikel-partikel yang sangat halus dan mudah dibentuk-bentuk . Proses membentuk jasad Adam a.s.diumpamakan seperti membentuk sebuah tembikar, iaitu melalui peringkat memilih bahan, peringkat adunan atau campuran bahan-bahan, peringkat membentuk objek dan akhir sekali peringkat menghias atau menyempurnakan objek. Diakhir proses ini, terjadi sebuah tembikar atau sebuah objek yang mempunyai bentuk. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa jasad Adam a.s. sebelum dihidupkan adalah satu ‘objek yang berbentuk’. Lihat surat al rahman ayat 14.