Allah
SWT mencipta roh itu dengan sifat hayat-Nya dan bukan dari Zat-Nya. Walaupun
begitu, roh bukan bahagian asal sifat Allah SWT tetapi kesan dari
perbuatan-Nya. Perkara ini akan dibincangkan dalam bab satu buku ini. Daripada
perbuatan-Nya maka terjadilah sifat
hayat mumkinat yang mana dari sifat hayat inilah terjadinya semua makhluk-Nya.
Sifat hayat mumkinat ini memainkan peranan utama dalam kejadian dan pembentukan
makhluk. Sifat hayat mumkinat ini tidak berjisim dan tidak berjirim dan dari
sifat hayat ini terjadilah unsur pertama yang dinamakan Nur Suci. Nur Suci ini
adalah awal unsur yang mempunyai jisim
dan jirim. Nur Suci ini kemudian berkembang menjadi unsur cahaya dan berturutan
sehingga menjadi unsur terakhir iaitu tanah. Perkembangan unsur-unsur terjadi
bersama-sama dengan kejadian pembentukan alam semesta.
Penulis: Ibnu Mahmood
Penerbit: Ct Publishing
ISBN: 978-967-10251-1-6
Muka surat 226#