Showing posts with label sunni. Show all posts
Showing posts with label sunni. Show all posts
Monday, February 18, 2013
Kesempurnaan Jasad keturunan Nabi Adam As
Kejadian jasad keturunan Adam a.s. ini telah melalui beberapa peringkat sebelum ia menjadi sempurna. Kesempurnan jasad tercapai apabila Roh Al-Qudsi dan sifatnya (Roh Hayat atau juga sifat hayat, Roh Sultani atau sifat ilmu, Roh Kudrat atau sifat kudrat dan Roh Suyanni
atau sifat iradat bersama gen kehendak pertalian keluarga) ditiup ke dalam tubuh. Proses ini ada tercatat di dalam surah Sad ayat 72
Monday, February 11, 2013
Kewujudan Jasad dan keturunan Manusia
Wujud jasad adalah juga wujud mumkinat iaitu wujud yang diciptakan. Proses kewujudan jasad berlainan daripada proses kewujudan roh. Jasad adalah kesinambungan zuriat atau baka daripada Adam a.s. dan proses ini ada dicatat dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Araf ayat 172. Bentuk dan sifat jasad kita diwarisi daripada Adam dan Hawa. Data keturunan atau gen ini ada tersimpan di belakang tubuh manusia iaitu di antara rusuk dan sulbi dalam bentuk sifat unsur tanah (tulang). Kemudian gen dan data keturunan ini bertukar kepada sifat unsur air dan tersimpan di testis bagi lelaki dan ovari bagi wanita. Proses ini ada tercatat di dalam surah Furqan ayat 54 . Satu lagi gen atau baka yang tidak pernah diperkatakan tetapi ada tercatat dalam al-Quran adalah ‘gen kehendak’ iaitu berasal dari sifat unsur angin yang mana gen ini tersimpan dalam qolbi ibu bapa dan keturunannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)