Seperti juga roh dan jasad, langit dan bumi juga diikat oleh Allah SWT dengan ikatan daya-daya yang wujud pada langit dan bumi. Ikatan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi hayat yang berterusan kepada bumi. Bumi tidak mempunyai hayat sendiri tetapi bergantung hayat wujud wajid iaitu sifat hayat Allah SWT. Allah SWT melimpahkan sifat hayat-Nya kepada semua makhluk melalui Roh kekasih-Nya. Cahaya dari Roh kekasih-Nya ini kemudian dilimpahkan pula pada semua makhluk .Proses limpahan ini masih berlaku dan berterusan mengikut ilmu dan iradat-Nya. Berhubungan dengan ini, putaran bumi dan segala tenaga yang wujud di antaranya menunjukkan ia datang dari Allah SWT bukan dari makhluk itu sendiri. Makhluk tidak mampu menjana tenaga sendiri tetapi perlu mengambil tenaga daripada punca tenaga bagi proses kehidupannya. Banyak surah-surah dalam al-Quran secara tidak langsung yang menerangkan perihal ini.
Thursday, April 17, 2014
Thursday, March 27, 2014
Kod penghubung lapisan langit dan alam
Dimana hubungan alam semesta dengan manusia. Jasad berasal dari bumi manakala roh berasal dari langit. Pada tubuh, bahagian roh diwakili oleh lata’if. Susunan lata’if di tubuh juga memberi petunjuk bilangan lapisan dan jumlah langit yang wujud di alam semesta. Terdapat sepuluh lata’if pada tubuh manusia. Setiap satunya mewakili setiap lapisan langit dan Alam Mulki, Malakut, Jabarut dan Lahut. Bagaimana ini boleh berlaku? Lata'if (rajah yang diberi) diwakili oleh unsur-unsur yang menjadikan langit dan alam tersebut wujud di tubuh manusia. Mengetahui lokasi dan frekuensi unsur-unsur(yang ada pada lata'if ) tersebut lalu ‘meletakkan diri’ padanya menyebabkan gelombang tubuh akan bertukar frekuensi mengikut unsur yang diduduki. Jadi frekuensi tubuh sekarang menjadi sama dengan lata’if yang mewakili alam tertentu. Oleh itu, tubuh akan dapat merasai, melihat dan mendengar perkara yang berlaku dalam alam yang mempunyai frekuensi sama. Contoh yang mudah untuk difahami adalah bagaimana dua orang yang berbeza tempat dapat berhubung di antara satu sama lain melalui talian telefon. Nombor telefon yang didail adalah kod frekuensi seseorang yang hendak dihubungi dan dua tempat yang berbeza mewakili dua ruang yang berlainan. Jadi, dengan mengetahui nombor telefon atau kod frekuensi seseorang itu, maka mudahlah dia dihubungi dengan perantaraan gelombang elektromagnetik telefon. Pada tubuh, kod frekuensi atau nombor talian adalah titik lata’if dan kaedah ‘meletakkan diri’ ini adalah seperti berzikir, bernafas dan tafakur di titik lata’if.
Wednesday, March 12, 2014
Metakosmo, Makrokosmo dan Mikrokosmo
Mikrokosmo adalah kewujudan roh (mewakili langit) dalam jasad (mewakili bumi) dan kehadiran titik lata'if @ titik rohani pada tubuh. Makrokosmo adalah bermula dari langit pertama hingga langit ketujuh. Metakosmo adalah wilayah sebelum langit ketujuh iaitu bermula dari wilayah kelapan hingga wilayah kesepuluh. Kedudukan asma, sifat dan Zat Allah SWT itu qadim (tersedia ada) dan tidak dibatasi dengan masa, ruang dan tempat.
Thursday, February 20, 2014
Penyatuan Jasad dan Roh Nabi Isa
Peristiwa ikatan jasad dan roh Nabi Isa a.s. Peristiwa kejadian Nabi Isa a.s. begitu menakjubkan sekali sehingga ada umat pada masa kelahirannya dan hingga kini mengatakan dia adalah anak tuhan yakni dilahirkan tanpa ada benih lelaki. Ini disebabkan oleh kejahilan dan kesombongan umat yang tidak mahu mempercayai keagungan dan kebesaran Allah SWT. Mereka memfitnah Mariam dengan pelbagai tohmahan sehingga mengatakan Mariam dan Isa a.s. itu dua tuhan selain daripada Allah SWT . Jasad Nabi Isa tidak dicipta dengan benih lelaki yang datang dari unsur air . Perkara ini ada tercatat dalam surah Mariam ayat 20. Sekiranya Nabi Isa tidak dicipta daripada benih lelaki yang datang dari unsur air, dengan unsur apakah dia diciptakan? Ini satu persoalan yang perlu difikirkan bagi menguatkan hujah akal untuk menolak dakwaan bahawa Isa a.s. itu anak tuhan. Dalam perbincangan yang lepas saya ada mengatakan jasad itu terdiri daripada tiga unsur iaitu tanah, air dan angin. Sekiranya Adam a.s. itu daripada tanah, zuriatnya bermula dari unsur air (air mani), saya tidak menolak bahawa Nabi Isa a.s. itu dijadikan dari unsur angin. Memang ini tidak dicatat secara langsung dalam al-Quran tetapi ada dicatat secara tersirat dalam beberapa ayat dalam bentuk perkataan tiupan atau hembusan.
Monday, February 17, 2014
Metakosmo - Ruangan sebelum langit
Metakosmo adalah wilayah sebelum langit. Allah SWT telah berfirman dalam beberapa ayat yang terdapat di dalam al-Quran bahawa langit mempunyai tujuh lapisan. Kejadian awal langit adalah di langit ke tujuh dan metakosmo wujud sebelum langit ketujuh ini. Para sarjana Islam dan barat cuba mencari jawapan tentang kewujudan ruangan selepas langit ini tetapi masih belum menemui jawapannya. Walaupun begitu, mereka yakini bahawa terdapat wilayah sebelum terjadinya langit.Persoalannya di manakah kedudukan ruangan ini, bagaimana ruangan diwujudkan dan dengan unsur apa wilayah ini diciptakan. Semua ini adalah persoalan yang perlu dijawab bagi mencari kewujudannya.
Di manakah kedudukan Metakosmo?
Metakosmo wujud selepas alam qadim iaitu selepas terciptanya sifat hayat kekasih-Nya(roh kekasih-Nya) dan sebelum terjadinya alam semesta yakni sebelum terciptanya langit ketujuh. Alam qadim adalah alam ketuhanan, alam baharu pula adalah alam yang diciptakan dari perbuatan Allah SWT yang qadim . Jadi metakosmo terletak di alam baharu iaitu selepas alam qadim. Sifat hayat kekasih-Nya tidak terletak di metakosmo tetapi sebelum wujudnya metakosmo. Pendapat yang mengatakan metakosmo itu ialah alam ketuhanan 'batin' adalah salah kerana alam ketuhanan 'batin' tiada dipengaruhi oleh ruang, masa dan gerak bahkan alam ketuhanan yang menguasai semua ini. Metakosmo masih mempunyai ruang dan gerak kerana masih mempunyai unsur-unsur yang bertindak ke atasnya.
Tuesday, December 3, 2013
Pengurusan di Setiap Lapisan Langit
Rajah di bawah menunjukkan urusan di setiap langit dalam sistem kosmologi yang kita diami. Sumber hayat mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem ini namum pusat kehendak yang mengawal semua pusat berkenaan. Sistem kosmologi bertindak seperti sistem kerohanian iaitu terdiri daripada qolbi, akal, kudrat dan hayat. Qolbi bertindak sebagai pusat kehendak, akal berfungsi sebagai pusat pengurusan, kudrat berfungsi sebagai pusat kekuatan dan hayat bertindak sebagai sumber hayat.
'Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing …………………………….'(Surah Fussilat ayat 12)
Sunday, November 24, 2013
Wahdatul Wujud - Kosmologi Tauhid
Memerhatikan alam semesta itu dengan mengi’tiqad bahawa alam semesta ini adalah dari kesan perbuatan Allah SWT yakni dari asma-Nya akan meningkatkan ketauhidan seseorang itu. Di antara tokoh ilmuan Islam kosmologi-tauhid tersohor adalah Ibnu Arabi (1165-1240M). Di antara doktrinnya yang terkenal di kalangan sufi dan penuh dengan kontroversi adalah doktrin Wahdatul Wujud. Ramai ulama pada zamannya hingga kini mengkritik tentang doktrin ini dan ada di antara mereka mengkafirkan Ibnu Arabi. Salah faham mentafsirkan doktrin ini menjadikan mereka ini tidak dapat merasai kemanisan tauhid yang dirasai oleh Ibnu Arabi. Mana mungkin pencipta boleh bergabung menjadi satu dengan makhluk-Nya. Martabat tuhan tinggi dan martabat makhluk rendah, ini boleh diumpamakan seperti air dan tanah yang tidak mungkin bersatu tetapi terikat di antara satu sama lain (Allah SWT bersifat wahdaniyah tidak bergantung pada sesuatu). Apa yang Ibnu Arabi maksud adalah ikatan hayat makhluk itu dengan sifat hayat Allah dan bukannya gabungan jasad makhluk dengan Zat Allah SWT. Gabungan atau ikatan menyebabkan hayat makhluk dikembalikan kepada Pehayat asalnya. Kefahaman ilmu, perasaan, merasai ikatan hayat dan hilang syuhud hayat diri yang wujud hanya Hayat dari Allah SWT adalah Wahdatul Wujud yang dimaksudkan oleh Ibnu Arabi. Maka Pehayat adalah Allah SWT yang Dia saja yang wujud dan makhluk hanya bergantung pada hayat Allah SWT. Walaupun begitu, hayat makhluk tidak terikat dengan Hayat Allah SWT secara terus tetapi masih ada perantaran iaitu sifat hayat kekasih-Nya atau Roh kekasih-Nya. Roh kekasih-Nya yang ‘mengikat’ hidup makhluk dan hayat Allah SWT.
