Monday, February 18, 2013
Kesempurnaan Jasad keturunan Nabi Adam As
Monday, February 11, 2013
Kewujudan Jasad dan keturunan Manusia
Saturday, February 9, 2013
Sifat-sifat bagi Roh al Qudsi
Friday, February 1, 2013
Kewujudan Roh
Tuesday, January 29, 2013
Bahan Jasad Adam a.s
Bahan jasad Adam a.s. adalah daripada tanah liat yang kering.Kenapa Allah SWT memilih tanah liat sebagai bahan utama untuk membentuk jasad Adam a.s? Satu kajian yang telah dijalankan oleh John W. Conrad (1980) mengatakan bahawa tanah liat adalah tanah yang tahan suhu yang sangat panas, mempunyai banyak mineral yang berguna dan lengkap, terdiri daripada zat partikel-partikel yang sangat halus dan mudah dibentuk-bentuk . Proses membentuk jasad Adam a.s.diumpamakan seperti membentuk sebuah tembikar, iaitu melalui peringkat memilih bahan, peringkat adunan atau campuran bahan-bahan, peringkat membentuk objek dan akhir sekali peringkat menghias atau menyempurnakan objek. Diakhir proses ini, terjadi sebuah tembikar atau sebuah objek yang mempunyai bentuk. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa jasad Adam a.s. sebelum dihidupkan adalah satu ‘objek yang berbentuk’. Lihat surat al rahman ayat 14.
Friday, January 25, 2013
Binaan Jasad
Jasad adalah anggota atau binaan struktur tubuh yang dicipta oleh Allah SWT dan dibekalkan dengan kekuatan atau kudrat untuk melakukan urusan yang dikehendaki. Kudrat yang dibekalkan adalah bersesuaian dengan saiz struktur rangka tubuh seseorang. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT itu bersifat Al Mushawwir (Yang membentuk rupa) dan Al Muqiit (Maha pemberi kecukupan) kepada makhluk-Nya. Perkara ini boleh kita buktikan dengan memerhatikan orang di sekeliling kita. Orang yang kerdil mempunyai kekuatan yang kecil manakala orang yang bertubuh besar mempunyai kekuatan lebih dan bersesuaian pula dengan dirinya. Jarang sekali atau tiada langsung orang kerdil mempunyai kekuatan seperti orang bertubuh besar. Semua ini adalah aturan-Nya kerana Dia lebih mengetahui dalam urusan-Nya.
Wednesday, January 23, 2013
Definisi Jasad
Ibnu Arabi sama-ertikan jasad sebagai jism atau haykal (rangka) yang banyak tercatat dalam manuskrip tulisannya. Kadangkala beliau mengatakan jasad adalah hal (maddad) bagi roh. Bagi kebanyakan falsafah muslim, mereka lebih menggunakan perkataan ‘bentuk badan’ untuk merujuk kepada jasad. Dalam surah al-Mukminun ayat 14, Allah SWT memberi maksud jasad dengan lengkap. Jasad keturunan Adam a.s. adalah daripada pati darah yang berubah kepada daging dan diakhiri dengan pembentukan tulang. Ayat di atas menerangkan proses pembentukan jasad manusia yang diakhiri dengan terjadinya bentuk rangka hidup (haykal). Jelas ayat di atas menerangkan jasad adalah ‘rangka hidup yang sempurna’. Berlainan pula dengan jasad Nabi Adam a.s. yang jasadnya dibentuk oleh tangan-Nya yakni dari sifat Allah SWT. Proses membentuk jasad Adam a.s. tidak sama dengan proses membentuk jasad keturunannya.



