Ilmu kosmologi dan Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mempelajari ilmu kosmologi bermakna kita cuba mengetahui tentang kewujudan Allah SWT dan mengenal diri sendiri. Allah SWT menyeru manusia untuk mengkaji langit dan bumi. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat berkisarkan tentang kejadian, rahsia, struktur, sistem serta fungsi langit dan bumi. Memahami langit dan bumi bererti memahami tentang sifat Allah SWT kerana kejadian alam semesta adalah dari sifat-Nya. Sifat alam semesta ini menyerupai sifat-Nya tetapi bukan sifat sebenar Allah SWT. Allah SWT menunjukkan sifat-Nya pada alam semesta ini supaya manusia mengenali-Nya menerusi makhluk ciptaan-Nya. Sifat yang ada pada makhluk adalah sifat yang diciptakan kerana martabat tuhan tidak layak bagi makhluk. Sifat yang dimaksudkan ini adalah sifat ma’ani Allah SWT. Dalam kosmologi Islam, kajian atau sumbangan akan berkait dengan soal-soal ibadat kepada Allah SWT berbanding dengan kosmologi bukan Islam yang lebih ditumpukan kepada soal keuntungan duniawi dan pengurusan makhluk. Kosmologi Islam terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama hubungan kosmologi dengan fekah, kedua hubungan kosmologi dengan tauhid dan akhir sekali adalah hubungan kosmologi dengan tasawuf (Petikan buku sistem kerohanian manusia, bab 2, kosmologi islam).
Monday, September 23, 2013
Wednesday, August 14, 2013
Apakah unsur-unsur setiap lapisan langit?
Sunday, July 14, 2013
Kewujudan bumi dari huraian sains kesufian
Sunday, June 23, 2013
Kelahiran Langit atau Teori Big Bang
Ada ikhwan dan rakan yang bertanya tentang teori Big Bang kepada saya, adakah ia benar berlaku atau satu teori ciptaan barat untuk menolak ayat alQuran. Dalam buku terbaru saya bertajuk 'Sistem Kerohanian Manusia' ada diterangkan secara ilmiah berdasarkan al-Quran dan sains kesufian. Secara umumnya kewujudan makhluk ciptaan Allah Swt adalah wujud mumkinat atau wujud yang diciptakan. Proses kewujudan ini mesti melalui kelahiran sebagai kesinanbungan selepas berlaku ciptaan awal . Begitu juga tentang kewujudan langit, Allah SWT mencipta langit dengan kehendak Nya. Bermula dengan sifat iradat (Pekehendak), Allah SWT menggunakan kalam-Nya dan Ilmu-Nya dengan lafaz كن ُ (kun) dari surah al-Baqarah ayat 117.Kemudian Allah SWT menggunakan daya dari sifat kudrat-Nya dan terciptalah sifat hayat mumkinat (Roh kekasih-Nya) dan daripada Roh kekasih-Nya maka terpancarlah pula unsur awal yang dinamakan Nur Suci(Cahaya kekasih-Nya). Dari Nur Suci maka terjadilah cahaya. Cahaya terdiri daripada lima lapisan. Langit mula tercipta di lapisan cahaya ketiga iaitu semasa pecutan cahaya menjadi malar. Dari keterangan ilmu lata’if, wilayah kelapan juga adalah pusat kudrat (tenaga) langit dan bumi. Jadi, bermula di pusat kudrat (wilayah kelapan) maka terbinalah atau lahirlah langit. Awal langit adalah langit ketujuh. Saya mengatakan bahawa kelahiran langit itu berlaku dan terjadi di wilayah kelapan, iaitu bukan dengan cara letupan tetapi cetusan harmoni cahaya (selepas cahaya diciptakan) atau pecutan awal cahaya atau juga pergerakan awal cahaya.(Dari Petikan buku Sistem Kerohanian Manusia , bab 2, tajuk kelahiran langit)
Tuesday, April 9, 2013
Unsur-unsur dan sifat-sifat yang menjadikan tubuh manusia
Tubuh manusia terdiri daripada beberapa unsur iaitu tanah-(mineral dan zat), air(segala cecair), angin(nafas), api(magnetik/aura/gelombang), cahaya dan nur suci( punca cahaya). Kesemua unsur ini digambungkan oleh Allah Swt untuk menjadikan tubuh manusia. Unsur-unsur ini pula diberikan sifat atau jiwa untuk menghidupkan unsur tersebut. Tanpa sifat(lihat rajah yang diberi seperti iradat, ilmu, kudrat dan hayat) , unsur tidak akan berfungsi.





