Tuesday, April 9, 2013

Unsur-unsur dan sifat-sifat yang menjadikan tubuh manusia

Tubuh manusia terdiri daripada beberapa unsur iaitu tanah-(mineral dan zat), air(segala cecair), angin(nafas), api(magnetik/aura/gelombang), cahaya dan nur suci( punca cahaya). Kesemua unsur ini digambungkan oleh Allah Swt untuk menjadikan tubuh manusia. Unsur-unsur ini pula diberikan sifat atau jiwa untuk menghidupkan unsur tersebut. Tanpa sifat(lihat rajah yang diberi seperti iradat, ilmu, kudrat dan hayat) , unsur tidak akan berfungsi.

Monday, February 18, 2013

Kesempurnaan Jasad keturunan Nabi Adam As

Kejadian jasad keturunan Adam a.s. ini telah melalui beberapa peringkat sebelum ia menjadi sempurna. Kesempurnan jasad tercapai apabila Roh Al-Qudsi dan sifatnya (Roh Hayat atau juga sifat hayat, Roh Sultani atau sifat ilmu, Roh Kudrat atau sifat kudrat dan Roh Suyanni atau sifat iradat bersama gen kehendak pertalian keluarga) ditiup ke dalam tubuh. Proses ini ada tercatat di dalam surah Sad ayat 72

Monday, February 11, 2013

Kewujudan Jasad dan keturunan Manusia

Wujud jasad adalah juga wujud mumkinat iaitu wujud yang diciptakan. Proses kewujudan jasad berlainan daripada proses kewujudan roh. Jasad adalah kesinambungan zuriat atau baka daripada Adam a.s. dan proses ini ada dicatat dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Araf ayat 172. Bentuk dan sifat jasad kita diwarisi daripada Adam dan Hawa. Data keturunan atau gen ini ada tersimpan di belakang tubuh manusia iaitu di antara rusuk dan sulbi dalam bentuk sifat unsur tanah (tulang). Kemudian gen dan data keturunan ini bertukar kepada sifat unsur air dan tersimpan di testis bagi lelaki dan ovari bagi wanita. Proses ini ada tercatat di dalam surah Furqan ayat 54 . Satu lagi gen atau baka yang tidak pernah diperkatakan tetapi ada tercatat dalam al-Quran adalah ‘gen kehendak’ iaitu berasal dari sifat unsur angin yang mana gen ini tersimpan dalam qolbi ibu bapa dan keturunannya.

Saturday, February 9, 2013

Sifat-sifat bagi Roh al Qudsi

Roh manusia dinamakan Roh Al-Qudsi . Ia dijadikan daripada sifat hayat mumkinat yang wujud selepas perbuatan Allah SWT. Proses terciptanya roh ini bermula dari sifat iradat Allah SWT.

Friday, February 1, 2013

Kewujudan Roh

Wujud roh adalah wujud mumkinat atau wujud yang diwujudkan.Roh bukan terus dari Zat Allah SWT tetapi dari cahaya Zat-Nya. Sekiranya roh itu terus dari Zat Allah SWT ia akan tergolong dalam wujud wajid.Cahaya Zat-Nya yang dimaksudkan adalah sifat hayat Allah SWT. Allah SWT melimpahkan sifat hayat-Nya pada roh sebagai ‘tali penghubung’ kepada-Nya. Oleh itu, roh ini akan kekal . Sifat-sifat roh adalah terdiri daripada hayat (hidup), ilmu, kudrat, iradat, sami (mendengar), basar (melihat) dan kalam (berkata-kata). Sifat-sifat ini adalah sifat yang diciptakan oleh Allah SWT dan bukan sifat langsung dari Allah SWT. Sifat roh bermula dari sifat hayat kemudian kepada ilmu, kudrat dan iradat. Sifat hayat bagi manusia dinamakan hayat insan. Di dalam sifat ilmu terkumpul sifat sami, basar dan kalam. Di dalam sifat hayat mumkinat itu terkandung semua sifat bagi roh yang diterangkan seperti di atas. Di dalam surah Nuh ayat 14 Allah SWT ada menerangkan proses penciptaan manusia itu berlaku secara berperingkat.Allah SWT tidak mengkhususkan kejadian yang berperingkat ini kepada jasad sahaja tetapi juga kepada roh juga. Ini kerana manusia itu terdiri daripada jasad dan roh. Peringkat kejadian jasad itu bermula daripada Adam a.s. dan peringkat kejadian roh pula bermula dari sifat hayat mumkinat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, January 29, 2013

Bahan Jasad Adam a.s

Bahan jasad Adam a.s. adalah daripada tanah liat yang kering.Kenapa Allah SWT memilih tanah liat sebagai bahan utama untuk membentuk jasad Adam a.s? Satu kajian yang telah dijalankan oleh John W. Conrad (1980) mengatakan bahawa tanah liat adalah tanah yang tahan suhu yang sangat panas, mempunyai banyak mineral yang berguna dan lengkap, terdiri daripada zat partikel-partikel yang sangat halus dan mudah dibentuk-bentuk . Proses membentuk jasad Adam a.s.diumpamakan seperti membentuk sebuah tembikar, iaitu melalui peringkat memilih bahan, peringkat adunan atau campuran bahan-bahan, peringkat membentuk objek dan akhir sekali peringkat menghias atau menyempurnakan objek. Diakhir proses ini, terjadi sebuah tembikar atau sebuah objek yang mempunyai bentuk. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa jasad Adam a.s. sebelum dihidupkan adalah satu ‘objek yang berbentuk’. Lihat surat al rahman ayat 14.


Friday, January 25, 2013

Binaan Jasad

Jasad adalah anggota atau binaan struktur tubuh yang dicipta oleh Allah SWT dan dibekalkan dengan kekuatan atau kudrat untuk melakukan urusan yang dikehendaki. Kudrat  yang dibekalkan adalah bersesuaian dengan saiz struktur rangka tubuh seseorang. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT itu bersifat Al Mushawwir (Yang membentuk rupa) dan Al Muqiit (Maha pemberi kecukupan) kepada makhluk-Nya. Perkara ini boleh kita buktikan dengan memerhatikan orang di sekeliling kita. Orang yang kerdil mempunyai kekuatan yang kecil manakala orang yang bertubuh besar mempunyai kekuatan lebih dan bersesuaian pula dengan dirinya. Jarang sekali atau tiada langsung orang kerdil mempunyai kekuatan seperti orang bertubuh besar. Semua ini adalah aturan-Nya kerana Dia lebih mengetahui dalam urusan-Nya.